Sunday 10 February 2013

Teguran?

Bismillahirrahmannirrahim..


Salamunalaikum ,,
amacam iman hari ini?
masih seteguh karang di lautan?

Time ticking,, 
Tick,, tock,, tick,, tock,,
Fikiran ligat berputar ,, kembali pada kejadian y lepas,
"Korang gedik taw! Hipokrit! Munafik!"
Cara macam tu ke nak tegur muslimat? 
Ana tak nafikan, Kami, muslimah amat memerlukan teguran dari muslimin,, tapi?Tegur dalam konteks apakah itu? Kerana hak untuk menegur dan menasihati adalah hak milik sesiapa sahaja, asalkan kena dengan cara dan adab2nya. Tiada masalah jika anda sebagai lelaki ingin menegur seorang perempuan jika ianya aman daripada fitnah ., tapi? herdikan? sindiran?

Pada pandangan ana la
  Antara perkara² yg perlu di jaga adelah tutur kata perkataan , nak tegur tak salah.. tapi cara nak memberi teguran tu kenelah betul, ingat.. tak semua org boleh terima cara kite dlm memberi teguran.. so, fikir lah sebaiknya, .. apa kah cara yg terbaik dlm memberi teguran kepada seseorang? Tanya diri sendiri.. adakah kite suka di kritik dan ditegur?? tapi,, semestinya,,  takde manusia mana dlm dunia yg suka di kritik dan ditegur kan?
-.. jgn lah kite maki hamun.. perli memperli... dgn menjatohkan dan mengaibkan org yg hendak ditegur ..
Harap pakai je tudung labuh, perangai? Nauzubillah.!.
Sedangkan iman Syafie sendiri berkata :
"Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu."
Sebab,, bila antum buat macam tu, macam mengaibkan orang tau, cube selak hadissurassul
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).

Kami boleh je betah balik kenyataan antum, memanglah kami TERPAKSA pakai tudung labuh,, kerana tu PERATURAN SEKOLAH..  Macam antum,, 

Harap je pakai serban, rida' ,songkok segala,, tapi, perangai,, 2x5 je semua
-Sindiran:
Ana tengok belakang je labuh, depan? Dalam Al-Quran ,Allah suruh labuhkan depan bukan belakang..
Ana copy&paste dari laman iluvislam je la -_- =

[Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.

Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.

Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhuwah yang dijalinkan menjadi berantakan.

Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.]

So, kite perlu muhasabah diri kite betol² sebelum kite nak perli or nak tegur seseorang! bukan kata jgn tegur... Tegur lah mereka yg melakukan kesalahan.. tetapi gunakan lah GAYA dan CARA yg betol! ara Nabi Muhammad S.A.W menegur... Ada dengan herdikan? sindiran?
TAK PERNAH.. Antum kata antum menyintai baginda, mengamalkan sunnah baginda? cara pemakaiannya,, serban, rida', celak, semua antum boleh ikut, jadi apasalahnya menegur cara baginda, penuh hikmah, kasih sayang. .. gunakan lah kata² yg sopan santun dan berbudi bahasa... berikan kata² manis dlm berbicara.. so baru lah org yg ditegur tu.. setinggi mana pun ego dia.. insyallah kalau manis ayat kritikkan yg kite berikan pada dia.. Insyallah.. pasti org yg ditegur tu boleh menerima sesuatu teguran tuh! 
Akhirul Kalam =
Tegur lah secara berhemah..
Insyallah org yg ditegur itu akan mengukir senyuman..Kerana teguran yg ikhlas itu adelah simbol sebuah kasih sayang!
~SPS~

No comments:

Post a Comment