Saturday 14 April 2012

Susunan Sembahyang SUnat




Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Panduan mengerjakan solat sunat=


Waktu sepertiga malam=
*Solat sunat Wuduk
*Solat sunat  Tahajjud
*Solat Sunat Taubat
*Solat sunat Tasbih
*Solat sunat Hajat 
*Solat sunat Istikharah
*Solat sunat  Witir

Waktu sebelum Subuh
* Solat Sunat Fajar

Waktu Selepas Azan Subuh
* Solat Sunat Rawatib ( Sebelum Subuh)
SOLAT Fardu SUBUH

Waktu 7.15 -> 8.15
* Solat Sunat ISyrak

Waktu 8.15 -> 11.00 pagi
* Solat sunat Dhuha

Apabila tergelincir Matahari
* Solat sunat Rawatib ( Sebelum Zuhur)
SOLAT FARDU ZUHUR
*Solat sunat Rawatib ( Selepas Zuhur)

Waktu Selepas Azan Asar
* Solat sunat Rawatib ( Sebelum Asar)
SOLAT FARDU ASAR

Waktu Selepas Azan Maghrib
*  Solat sunat Rawatib ( Sebelum Maghrib)
SOLAT FARDU MAGHRIB
*Solat sunat Rawatib ( Selepas Maghrib)
*Solat sunat Awwabin
*Solat Sunat Izzuliman

Waktu Selepas Azan Isyak
*Solat Sunat Rawattib( Sebelum Isyak)
SOLAT FARDHU ISYAK
* Solat sunat Rawattib(Selepas Isyak)

Wikipedia !!!
*Solat sunat Wuduk
Solat Sunat Wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.
Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.
Solat ini berdasarkan hadith oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

*Solat sunat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.


*Solat sunat Taubat
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).



*Solat sunat Tasbih
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.


* Solat Sunat Hajat 
Solat Sunat Hajat dilakukan kerana mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT, memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan, walaubagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah SWT




*Solat sunat Istikharah
tujuan utama didirikan solat ini adalah untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah. Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputusknanya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya.
Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir. Solat Sunat Istikharah ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.



*Solat sunat Witir
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. 
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.





* Solat Sunat Isyrak
Solat sunat isyrak dilakukan pada pagi hari sesudah naik naik matahari tingginya kira-kira 3 meter iaitu kira-kira 8 pagi.Solat sunat ini 2 rakaat satu salam sama seprti solat sunat yang lain juga.
Pahala solat ini amatlah besar iaitu seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, jika melakukan ibadat sebelah paginya

*Solat Sunat Awwabin Dan IzzulIman


Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib. 
 











Marilah kita sama-sama mempraktikkan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan ibadah-ibadah fardu kita.. Moga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Salam muhasabah tanpa noktah.. Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan lindungan-Nya..


Srikandi Pohon Semalu,,

No comments:

Post a Comment